6 JENIS BUAH ATASI SEMBELIT

  • March 07, 2016
  • By ckdayah.blogspot.my
  • 0 Comments

Entry ini saya ingin kongsikan macam mana nak atasi sembelit dengan makan buah-buahan. Sebenarnya ramai yang menghadapi sembelit ini. Sembelit mungkin terjadi disebabkan dari punca makanan atau sebab-sebab lain.
Apakah sembelit? Sembelit ialah pergerakan usus yang tidak kerap atau suatu keadaan yang tidak selesa. Berkemungkinan pergerakan usus kecil, keras atau kering. Jadi ini lah yang menyebabkan individu yang mengalami sembelit menghadapi kesukaran untuk membuang air besar. Faktor sembelit disebabkan kurang minum air, kurang pengambilan serat, kurang makan sayur dan kurang makan buah-buahan.
Dikuartiri, semakin dibiarkan sembelit ini semakin individu tersebut akan hadapi masalah lain atau boleh membawa kepada penyakit seperti buasir. Jadi, disini saya ingin kongsikan beberapa jenis buah yang boleh membantu anda untuk atasi sembelit.

Betik

Buah betik yang ranum sangat kaya dengan vitamin C dan mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ianya sesuai dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. Selain itu, elok lebihkan serat dalam pemakanan harian bagi individu yang mengalami sembelit.

Pisang

Pisang juga mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan anda. Dengan memakan pisang setiap hari dapat membantu menyelesaikan masalah sembelit. Pisang bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja malah boleh dijadikan hidangan minum petang yang enak seperti goreng pisang atau boleh juga dijadikan pengat.

Ciku

Masalah sembelit juga boleh diatasi dengan mengamalkan makan buah ciku yang dihancur sehingga lumat. Amalan ini boleh disertakan bersama pengambilan sedikit air suam yang dicampur dengan sedikit garam sebelum sarapan pagi.

Strawberi

Strawberi adalah buah warna merah yang berasal dari negara bercuaca sejuk. Ianya bukan sahaja cantik dan enak dimakan. Malah, ia memberi kesan dalam mengatasi masalah sembelit di samping bertindak sebagai astringen bagi meredakan demam dan juga membersihkan gigi. Strawberi juga kaya dengan vitamin C yang baik untuk kesihatan kulit.
Download-Gambar-Strawberry

Timun

Timun kaya dengan kandungan mineral. Malah, ianya juga mengandungi kalsium, fosforus, zat besi & Vitamin C. Masalah sembelit juga boleh diatasi dengan hanya makan timun setiap hari.
khasiat-timun

Lobak Merah

Lobak merah atau Daucus carota L ( nama saintifiknya ) boleh membantu dalam masalah sembelit. Ianya juga boleh mengubati sakit ketika buang air kecil, meningkatkan aliran ketika menstruasi dan menjaga kulit supaya sentiasa sihat. Lobak juga boleh merawat kesihatan mata. Cara yang terbaik untuk atasi sembelit adalah dengan memakan lobak merah secara mentah.
Khasiat-Lobak-Merah-4

Cara Mudah Selesaikan Masalah Sembelit

Bagi saya, cara mudah cepat atasi masalah sembelit adalah dengan pengambilan supplemen Shaklee. Ini kerana, saya menghadapi masalah sembelit. Lagi pula, saya ini seorang yang kurang makan buah-buahan. Jadi cara cepat dan mudah dengan mengambil supplemen ini dapat selesai masalah saya. Dan paling best adalah supplemen ini sangat berkesan sebab dia sekaligus membantu dalam mencuci usus kita.
Boleh klik link ini untuk details supplemen Set Lawas.
Sebarang pertanyaan/ order boleh sms/whatsapp ke 0179793589 (Dayah). Saya sedia membantu anda.
Sekian.

You Might Also Like

0 comments