6 BAHAN SEMULAJADI MEMBANTU UNTUK KURUS

  • March 07, 2016
  • By ckdayah.blogspot.my
  • 0 Comments

Sebut je diet atau nak kurus, mesti fikir kena buat senaman berat-berat, makan tu tak boleh, makan ni tak boleh. Sebenarnya tak, kena rujuk kepada diet yang seimbang dan juga pemakanan yang sihat dan senaman setiap minggu.
bigstock-Diet-and-healthy-eating-Fruit-37015600
Credit to: Women Online Magazine
Jadi kenalah berdisiplin dalam menusun atur jadual harian diet kita. Saya ingin kongsikan 6 bahan semulajadi yang membantu untuk kurus. Antaranya adalah:

No.1 Limau Nipis

Limau nipis adalah tumbuhan perdu yang menghasilkan buah dengan nama yang sama. Mengandungi banyak air serta vitamin C yang tinggi. Untuk membuat ramuan menguruskan badan secara semulajadi. Perah jusnya dan campurkan dengan secawan the pahit yang pekat. Minum setiap malam sebelum tidur.

No.2 Nanas

Buah nanas sangat kaya dengan vitamin C serta dapat mengurangkan gejala beberapa penyakit. Untuk mengurangkan obesiti, sediakan buah nanas yang tidak terlalu masak. Anda boleh kupas dan cuci bersih, potong mengikut keperluan dan parut untuk diambil jusnya. Ambil pati nanas tadi dan minum 2 kali sehari.

No.3 Buah Delima

Buah delima pula mempunyai banyak cabang da nada duri pada cabang dahannya. Tanaman delima ini mempunyai pelbagai khasiat dan setiap bahagian berguna.  Dari akar hinggalah ke kulit kayunya. Untuk dimanfaatkan sebagai ramuan untuk menguruskan badan, ambil dua lembar daun delima muda. Caranya adalah dengan cuci dan tumbuk sehingga halus, ramas dan tambahkan air panas sehingga 3 gelas. Campurkan dengan sedikit garam dan tapis. Amal minum 2 hingga 3 kali sehari sebanyak setengah gelas.

No.4 Lobak Merah & Timun

Lobak merah dan timun dapat digunakan untuk mengubati obesiti dengan menjadikannya jus. Caranya adalah dengan ambil 2 atau 3 batang lobak merah dan sebiji timun berukuran sederhana. Kisar lobak merah dan timun ni dan tapis jusnya. Boleh juga ditambahkan pati limau nipis untuk penambah rasa. Minum 2 kali sehari sehingga anda mencapai berat yang diinginkan.

No.5 Daun Salam (Daun Kari)

Daun salam atau dikenali daun kari yang selalu digunakan dalam masakan. Ianya boleh digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit. Bagi yang ingin mengatasi masalah berat badan, boleh ambil 5 hingga 7 helai daun salam yang segar. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya sehingga mendidih. Kemudian, tapis dan biarkan sejuk. Amalkan minum air rebusan ini sebelum makan pada siang dan malam.

No.6 Halia

Jus halia memang dikenali untuk membuang angin. Tetapi boleh juga untuk menurunkan berat badan. Air halia memang sangat bagus untuk pembakaran lemak dalam tubuh badan kita. Caranya adalah dengan rebus halia 5 inci yang sudah dikupas kulitnya. Cuci sehingga bersih dan masak dengan air secukupnya. Kemudian tapis dan biarkan sejuk sebentar. Amalkan minum air halia ni sebelum makan siang dan juga malam.
(Sumber: Majalah Rapi)
Anda perlu rajin dan berusaha untuk amalkan cara tradisional ini. Tetapi saya boleh cadangkan anda untuk cara yang mudah, cepat dan jimat masa. Hanya dengan makan supplemen ini, dapat membantu anda. Supplemen ini pon memang 100% natural dan selamat.

Antara supplemennya adalah Herba-Lax dan Lecithin.

Herba-Lax khasiatnya adalah

  • Membantu mengempiskan perut.
  • Membantu mengembalikan semula proses semulajadi pembersihan usus.
  • Membantu mengurangkan masalah sembelit.
  • Membersihkan najis yang tersekat.
  • Merangsang usus mempercepatkan proses pembersihan secara lembut.
PicsArt_12-13-08.09.56
Herba-Lax

Lecithin khasiatnya adalah

  • Membantu membakar lemak untuk kesan pelangsingan.
  • Membantu tubuh badan untuk menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak.
  • Menghalang pembentukan lemak di hati.
  • Membantu melemahkan metabolisme lemak dan kolesterol dalam badan.
  • Mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang.
lecithin-nutrition
Lecithin

Untuk order atau pertanyaan boleh terus whatsapp ke 0179793589,

Sekian.
Norhidayah
SID: 1216854

You Might Also Like

0 comments