SELAMAT TINGGAL BINTIK MERAH

  • March 07, 2016
  • By ckdayah.blogspot.my
  • 0 Comments

Bintik merah atau jerawat ini memang musuh utama wanita dan golongan remaja kini. Bak kata lain, bila ianya menyerang, pasti anda berdukacita dan stress.
Kebiasaanya jerawat akan timbul ketika datang bulan, kulit berminyak dan juga ada sebab lain.
Tahukah anda PENYEBAB bintik merah/jerawat ini???
Sebenarnya banyak penyebab munculnya jerawat ini, tapi disini saya kongsi beberapa penyebab jerawat atau bintik merah adalah:-

#1 Terlalu Kerap Bersihkan Muka

Ramai yang mencuci muka dengan kerap kerana berharap kulit akan sentiasa lembap dan jerawat akan cepat mati. Akan tetapi cara ini salah, kerana ia menjadikan kulit semakin berminyak atau berjerawat. Apa yang perlu anda buat adalah dengan cuci muka sebanyak 2 kali sudah mencukupi iaitu waktu pagi dan juga sebelum tidur.

#2 Sental Kulit Muka Dengan Skrub

Penggunaan skrub yang kasar pada kulit muka akan menyebabkan keadaan kulit muka anda semakin teruk kerana iritasi. Sebetulnya skrub hanya dilakukan 1-3 kali seminggu dengan menggunakan skrub yang halus teksturnya, diurut lembut ke wajah dan dibilas dengan air suam.

#3 Tidak Bersihkan Peluh

Membuat aktiviti-aktiviti berat atau penat bekerja sehingga berpeluh-peluh. Ingat! jangan biarkan peluh kering begitu kerana ia akan menyerap ke dalam kulit anda. Sebaiknya bersihkan muka dan terus mandi.

#4 PIJER (Picit Jerawat)

PIJER aka Picit Jerawat. Tabiat ini selalu dilakukan oleh golongan wanita. Picit jerawat dengan kuku akan memberi kesan buruk kepada kulit dan meninggalkan parut. Elakkan daripada picit jerawat dengan kuku sebaliknya gunakan losyen jerawat untuk kecutkan jerawat.

#5 Penggunaan Kosmetik Yang Berminyak

Berhati-hati dalam memilih kosmetik. Ini kerana kebanyakan kosmetik mengandungi minyak yang boleh menyebabkan kulit sukar untuk sembuh dan akan semakin berminyak. Tip untuk memilih barang make-up, belilah yang oil-free dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic bagi mengelakkan jerawat.
Macam mana cara nak hilangkan bintik merah atau jerawat ini?
Saya ada dua cara iaitu dengan mengambil supplemen dan juga set pencuci muka. Dua cara ini boleh merawat masalah anda.
Untuk maklumat yang lebih lanjut boleh whatsapp 'Set Jerawat' @ 'Set Pencuci Muka Jerawat' di 0179793589.
Sedia membantu anda, sekian.

Hidayah
SID:1216854

You Might Also Like

0 comments