Perkongsian hari ini adalah tips macam mana nak atasi anak yang demam panas. Ibu bapa adalah orang yang sangat bimbang bila anak-anak demam panas. Sekadar perkongsian yang saya dapat hasil dari pembacaan saya.
Kebanyakkan ibubapa muda sekarang kurang pengetahuan macam mana nak handle anak yang demam panas.
Mandi Dengan Air Suam
Cara untuk menurunkan panas badan adalah dengan berendam atau mandi dengan air suam, kerana air suam boleh membuatkan badan berasa lebih segar dan demam akan beransur hilang.Tuam Kepala dan Badan Anak
Selain itu, ambil tuala dan rendam dalam air, kemudian tuam ke seluruh badan anak anda, terutama pada bahagian kepala serta di bahagian pelipat seperti ketiak, celah peha dan celah kaki.Beri Makanan Mudah Hadam
Jangan biarkan perut anak anda kosong. Masakkan bubur atau makanan yang lembut yang tidak menyakitkan tekaknya untuk menelan. Jika tidak makan, badan anak tidak akan cukup tenaga untuk melawan penyakit.Beri Anak Minum Banyak Air
Berikan anak minum air masak secukupnya. Ini kerana, ketika demam, suhu badan meningkat menyebabkan badannya kekeringan atau dehidrasi. Badan yang kekeringan air akan melambatkan proses penyembuhan.Pakaikan Anak Dengan Pakaian Yang Nipis
Pakaikan pakaian anak ketika demam yang nipis dan selesa. Jangan selimutkan anak anda kerana ianya akan meningkatkan suhu badan. Letakkan anak dibilik yang suhunya lebih sejuk.Sentiasa Berada Disisi Anak
Anak yang tidak sihat sangat memerlukan perhatian yang lebih dari ibubapa. Tanyalah keperluannya, perasaannya dan cuba berbual-bual dengannya. Sentiasa berada disisinya dan berikan semangat kepada anak untuk cepat sembuh.
Sekian dari saya beberapa tips mengatasi ketika anak demam panas.
Hidayah
SID:1216854
0 comments