TRAINING SL1M GREEN BATCH 3 DI MERANG SURIA RESORT

Setelah sekian beberapa lama, Dayah tak dapat nak update blog kerana terlalu sibuk dengan training yang Dayah join. Training ini macam training softskills selama sebulan bertempat di Suria Resort, Merang Setiu.

Kat sini Dayah secara ringkasnya akan kongsi pengalaman selama sebulan disana. Jujurnya jadual kami di sana sangat padat. Kalaulah sepadat itu jadual semasa kita belajar zaman universiti, confirm memang akan 4 flat la result korang. 

Dayah pergi sorang-sorang kat sana, dihantar oleh ayah dan abang serta kawan ayah. Tak kenal siapa-siapa pon kat sana. Lepas daftar dapat bilik di resort yang mana kami kena berkongsi empat orang. So, dapatlah berkenalan dengan roomate baru. (Faqiah, Dila, dan Husna).

My roomate sangat baik dan satu kepala dengan Dayah. Dorang ini selalu buat lawak dan happy dapat berkenalan dengan diorang walaupon umur kami berbeza setahun.

Meet my roomatesss.




Training selama sebulan disana kami diajar 9 modul yang berbeza. Antaranya:-

Module 1: Building and Achieving Self-Efficacy (B.A.S.E.)
Module 2: Interpersonal Communication Skills (I.C.S.)
Module 3: Project and Event Management (P.E.M.)
Module 4: Problem Solving and Critical Thinking (P.S.C.T.)
Module 5: Managing Work and Time Effectively (M.W.T.E.)
Module 6: Marketing Research and Product Management  
                  (M.R.P.M)
Module 7: Basic Finance and Accounting
Module 8: Human Resource Management
Module 9: Exceeding Demand Gearing for Employment 
                  (E.D.G.E.)

Selain itu, disini kami terbahagi kepada dua kumpulan iaitu 'academic' dan 'non-academic'. 'Academic' ini kumpulan dimana kumpulan ini fokus dan dilatih untuk mengajar atau menjadi seorang murobi atau pendidik. Manakala 'non-academic' pula fokus kepada admin yang fokus kepada sektor pendidikan. Kami disana seramai 107 orang. Tiga (3) kumpulan adalah dari academic dan satu kumpulan non-akademic.

Dayah join non academic. Kelas kami seramai 27 orang. Setiap minggu cuti kami hanya 1 hari iaitu hari Jumaat je. Makan pagi pada jam 7.30-8.15 pagi. Kelas mula pada 8.30 - 5.00 petang. Rehat selama 1 jam untuk tengahari. 

5.00-6.00 petang ikot sendiri atau kumpulan masing-masing untuk beriadah atau bersukan. Banyak aktiviti kami lakukan bersama-sama kumpulan dan kelas kami. Sangat enjoy and happpening

Program selama sebulan disini sangat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami semua. Yalah, mana tak nya, kami berjumpa setiap pagi, petang dan malam untuk aktiviti dan siapkan kerja yang diberikan oleh trainer2 kami. 

Disini juga, saya kongsikan pengalaman dan kenangan kami di sana sebagai peserta.





















Sekian.

Norhidayah
1216854

You Might Also Like

3 comments

  1. Replies
    1. maaf awak. sy tak perasan komen ni. If still nak tahu boleh whatsapp saya di 017-9793589.

      maaf ye.

      Delete
  2. Salam awak, lepas training sebulan ni, on job training awak dapat kat mana? lepas habis SL1M programme awak dapat keje tak?

    ReplyDelete