Cara Mudah Didik Anak Tentang Kebersihan Oral
Anak-anak harus didedahkan tentang kesihatan gigi dari awal lagi. Sangat penting untuk ibu bapa mendidik dari awal lagi untuk anak kecil ini memberus gigi supaya menjadi satu kebiasaan baginya.
Ibu bapa perlu mempunyai cara yang tersendiri untuk mengajak anak-anak kecil memberus gigi. Jangan mudah putus asa ya para ibu bapa jika percubaan pertama gagal. Ya lah, anak-anak ada yang ok dan ada juga yang tidak mahu gosok gigi.
Disini, saya ingin kongsikan cara-cara mudah untuk didik anak kecil untuk menggosok gigi.
No.1 Sediakan Peralatan Menggosok Gigi
Sebelum menggosok gigi, sediakan berus gigi yang bersaiz kecil iaitu 1.5 cm. Pemegangnya harus besar dan tebal, selain itu bulu berus yang halus. Cuba sediakan berus gigi yang pemegangnya warna menarik atau yang ada corak kartun yang anak-anak minat. Ianya boleh menarik minat anak-anak kita.
No.2 Letakkan Ubat Gigi
Bagi anak yang berusia lebih dari 2 tahun, pilih ubat gigi yang sesuai. Letakkan mengikut saiz yang disyorkan. Bagi anak-anak yang berusia 1 tahun hingga 2 tahun, elak dari menggunakan ubat gigi untuk menghindar dari mereka menelannya.
No.3 Tunjukkan Contoh Gerakan
Kalau boleh, ibu atau bapa perlu berdiri bersama anak di depan cermin dan minta anak mengikut cara anda memberus gigi. Pada usia ini anak biasanya mengalami kesukaran dalam mengawal gerakan berus gigi secara tepat.
No.4 Praktik Bersama
Praktikkan bersama anak-anak. Caranya dengan membelakangkan anak, pegang tangannya dan arahkan berus ke giginya. Minta anak meniru cara anda memegang dan menggerakkan berus gigi. Bagi sikecil ini yang baru belajar memberus gigi, letakkan berus gigi pada sudut darjah 45 lalu gerakkan ke kiri dan kanan secara perlahan. Setelah anak semakin membesar, ajarnya untuk memberus gigi dengan memberus secara memutar dan seterusnya ke atas dan ke bawah.
No.5 Berkumur
Selesai memberus gigi, minta anak untuk berkumur dengan air masak agar terhindar daripada risiko cirit birit kerana tertelan air mentah.
No.6 Selesai
Akhir sekali, minta anak membersihkan sisa-sisa ubat gigi disekitar mulutnya. Bagi memupuk kebiasaanya untuk menggosok gigi pada anak, setelah selesai berikan mereka hadiah seperti senyuman, ciuman kasih sayang atau pelukan.
Tips yang terakhir saya ingin kongsikan adalah ibu bapa hendaklah ciptakan suasana seronok dalam menggosok gigi bersama anak-anak. Agar anak-anak tidak bosan dan mereka akan suka dengannya.
Sekian. :-)