Cara Atasi Sakit Kepala Yang Selalu Mengganggu
- January 26, 2017
- By ckdayah.blogspot.my
- 0 Comments
Gejala sakit kepala yang sering berlaku dalam kalangan rakyat di Malaysia. Sakit kepala ini melibatkan semua peringkat umur dan hampir semua di antara kita pernah mengalaminya. Walaupun ada yang sakit tidak serius, tapi ia juga menyakitkan dan boleh mengganggu aktiviti harian kita dan juga pekerjaan kita.
Pertama kali, dayah akan citerkan beberapa jenis sakit kepala. Antara jenis sakit kepala :-
- Disebabkan resdung
- Kesakitan di belakang tulang kening atau di tulang pipi
- Tekanan
- Kesakitan seperti menekan-nekan kepala
- Migrain
- Kesakitan, loya, perubahan penglihatan daripada biasa kepada bentuk suram
- Berkelompak
- Kesakitan sekitar sebelah mata
Ok. Dayah juga memang ada migrain sejak zaman sekolah lagi. Sakit tu hanya Allah yang tahu betapa sakitnya kepala tiap kali migrain. Macam mana dayah menjaga dan mengawal sakit kepala tiap kali sakit adalah dengan:-
- Cari punca sakit kepala dan cuba untuk elakkannya.
- Jaga makan. Elakkan dari mengambil makanan dan minuman yang boleh menyebabkan sakit kepala.
- Urut. Cuba minta bantuan seseorang untuk mengurut otot-otot yang tegang.
- Ubat tahan sakit. Dayah memang makan dan cuba kawal kuantitinya. Dayah akan makan jika sakit teruk atau berlarutan.
- Berehat dengan menutup mata dan hembus nafas perlahan-lahan.
- Tutup mata dengan kain basah.
- Mandi.
- Rehat di tempat yang sunyi tiada gangguan bunyi.
Makanan Untuk Elak Sakit Kepala
- Tembikai
Dehidrasi adalah antara penyebab terjadinya sakit kepala. Jadi, minumlah banyak air dan ambil makanan yang kaya dengan air seperti buah tembikai. Buah yang kaya dengan air mengandungi mineral penting seperti magnesium yang merupakan kunci untuk melegakan sakit kepala.
- Kentang
Sakit kepala juga terjadi disebabkan hilangnya elektrolit seperti kalium. Nikmatilah makanan yang kaya dengan kalium kerana ia membantu meringankan sakit kepala. Kentang mengandungi kalium sebanyak 100gram dan kentang panggang (dengan kulit) mengandungi kalium sehingga 600mg.
Petua Hilangkan Sakit Kepala Yang Mengganggu Secara Semulajadi
- Daun Bunga Raya
Cuci bersih daun tersebut dan ramas bersamaa-sama beberapa gelas air. Kemudian , sapu air daun bunga raya tadi di atas kepala selama 1/2 jam. Daun bunga raya dikatakan mampu menyejukkan kepala dan mengurangkan rasa sakit kepala.
- Jus Limau Kasturi
Perahan jus limau kasturi di atas kepala. Kemudian, ramas lembut rambut sambil memicit kulit kepala supaya aliran darah berjalan lancar. Masukkan kulit limau tadi ke dalam besen berisi air. Kemudian jiruskan air tersebut di atas kepala dan seluruh badan.
Cara Atasi Sakit Kepala Yang Selalu Menggangu
Ini pengalaman dayah sendiri sebab dayah sememangnya ada migrain dan sakit kepala yang agak teruk. Selepas dayah kenal Shaklee, alhamdulillah dah tak sakit kepala selalu dan migrain pun dah kurang.
Antara produk yang dayah amal makan adalah Ostematrix dan B Complex. Untuk Set Sakit Kepala @ Migrain ada 2 vitamin yang boleh amalkan.
1. Ostematrix
Ostematrik mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D. Kalsium bukan sahaja membina tulang dan gigi, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah.
Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang.
Magnesium ni pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati magnesium bantu dalam mengurangkan sakit kepala atau migrain.
Vitamin D dalam ostematrix juga penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.
2. B Complex
Dalam B Complex ada Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (Pyridoxine) yang telah terbukti boleh membantu mengurangkan kesakitkan akibat sakit kepala atau migrain.
Vitamin B yang lengkap dalam B Complex Shaklee ni bukan saja dapat kurangkan risiko diserang migrain, tapi juga mencegah penyakit-penyakit lain seperti depresi, strok dan sebagainya.
Bagi penderita migrain, anda hendaklah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan anda diserang migrain. Sekiranya ia berpunca daripada pemakanan, maka anda kena lah jaga makan. Begitu juga dengan penyebab yang lain.
Cara Tempahan:-
Anda boleh hubungi Dauah di 017-9793589 atau email ke norhidayahlong@yahoo.com atau pm di FB: Norhidayah Long
Sekian.
Norhidayah Long
1216854