Menu Diet Ku - Ikan Cencaru Bakar Air Asam
- January 26, 2017
- By ckdayah.blogspot.my
- 0 Comments
Gulpp.. tertelan air liur bila tengok ikan bakar air asam ini. Nak-nak kalau ikan cencaru, lagi la rasa nak makan tu membuak-buak.
**dayah tak sempat nak amik gambar cantik2, dah kene ngap ikan cencaru bakar.
Minggu lepas, kawan dayah ada minta resepi ikan bakar air asam dan ikan cencaru sumbat, ini semua nak di bakar.
Jadi minggu ni, dayah akan kongsikan resepi ini dengan korang semua. favourite dayah memang ikan cencaru atau nama lain ada juga yang panggil ikan jaket la, ikan keras ekor la, dan beberapa nama lain yang dipanggil tetapi ikan yang sama. Lawak kan.
Jadi dayah akan kongsikan resepinya. Saiz untuk hidangan ikan cencaru bakar ini dalam 3 hingga 4 orang untuk makan.
Bahan-bahan:-
Credit to: http://qaseyhoney.blogspot.my |

-IKAN CENCARU BAKAR AIR ASAM-
Bahan-bahan:-
- 1-3 ekor ikan cencaru
- daun pisang secukupnya untuk digunakan untuk alas ketika ikan dibakar
Bahan-bahan untuk air asam:-
- 1 cawan air asam jawa
- 1 biji tomato di cincang halus
- 1 biji labu bawang besar di mayang halus
- 1 biji cili merah di mayang halus
- 3 biji cili padi dihiris halus
- Garam dan gula secukupnya, bab kata orang secukup rasa lah.
Cara Membuatnya:-
- Bersihkan ikan dan lumur dengan sedikit garam. Balut ikan cencaru tu dengan daun pisang dan bakar diatas kuali sehingga masak.
- Untuk air asam pula, campurkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan tambahkan garam dan gula secukup rasa.
- Akhir sekali, selepas ikan cencaru bakar sudah masak, dihidangkan bersama-sama dengan air asam.
Akhir kata dari dayah, selamat mencuba korang dengan resepi yang sangat simple ini. Semoga dapat mencuba dengan baik dan jayanya.
Sekian.
Norhidayah Long
1216854