Cara Atasi Kulit Muka Kering Dengan Cepat Tapi Selamat
- May 27, 2016
- By ckdayah.blogspot.my
- 0 Comments
Cuaca sekarang amat
panas yang boleh menyebabkan kulit kita jadi kering. Malahan bukan kulit pada
badan malah kulit muka kita turut sama kering.
Selalunya kulit kering
ini akan bersama dengan kulit kusam. Ini menyebabkan kita rasa kurang selesa
dan rasa kulit muka tampak kasar.
Disini Dayah juga ingin
kongsikan beberapa ciri-ciri kulit muka kering:-
- · Kulit muka kasar dan kusam serta ada sedikit bersisik
- · Pori-pori yang sangat kecil
- · Terdapat banyak garis-garis halus
- · Kulit yang sering mengelupas
- · Sering terasa gatal disebabkan iritasi
Faktor
yang menyebabkan kulit muka kering antaranya adalah
daripada faktor keturunan. Keturunan ini adalah faktor utama kulit muka kering.
Ini kerana faktor genetik yang kita warisi dari orang tua.
Kulit muka yang kering
tidak ada sebum atau minyak alami. Kulit jenis ini juga tidak mampu untuk
menahan air untuk memberikan kelembaban pada kulit muka. Ini disebabkan oleh
lapisan luar kulit yang tidak seimbang atau rosak atau tiada lemak yang boleh
menampung air.
Tips Cara Atasi Kulit Muka Kering
1. Elakkan daripada memakai sabun-sabun seperti sabun yang mengandungi antiseptik, alkohol, pewangi, pewarna atau juga bahan pengawet. Semua ini boleh menyebabkan kulit muka menjadi kering.
2. Basuh muka dengan menggunakan air suam-suam. Jangan terlalu panas dan jangan terlalu sejuk.
3. Lindungi kulit muka dari sinaran cahaya matahari. Kerana ianya boleh menyebabkan kulit menjadi rosak dan kering.
4. Makan makanan yang cukup protein dan zat serta banyakkan minum air kosong untuk membantu kulit muka ada kelembapan.
5. Boleh menggunakan masker-masker tradisional dan semulajadi seperti bedak sejuk, masker beras, masker bengkuang dan sebagainya.
Cara mudah, cepat dan selamat adalah dengan Vitamin E Complex ini.
Antara kelebihan dan
keistimewaan vitamin E ini adalah:-
a) Antioksidan Kuat
Ianya mampu untuk melindungi dan merawat kulit muka dengan cara menghalang kesan radikal bebas yang
merosakkan lapisan kolagen dan mengeringkan
kulit.
b) Dapat Mengurangkan Kesan Sunburn
Dengan pengambilan vitamin E ini secara konsisten akan
membantu untuk mengurangkan berlakunya kesan
sunburn dari sinaran matahari.
c) Meningkatkan Ketegangan Kulit
Vitamin E
ini juga boleh membuat kulit menjadi
tegang dengan meningkatkan penghasilan kolegen.
d) Mengurangkan Garis Halus dan Kedutan
Vitamin E
ini membantu mengurangkan garis kedutan
dan bintik penuaan sekali membantu
menghalang garis kedutan baru.
e) Atasi Kulit Kering
Vitamin E
juga melindungi kulit dari
kehilangan air bagi mengekalkan
kelembapan and kesihatan kulit. Malah vitamin
E juga membantu mengekalkan keseimbangan
minyak pada kulit agar kulit lebih
cantik.
f) Menghilangkan Parut
Disamping makan, Vitamin E boleh disapukan ke bahagian
parut untuk untuk hilangkan parut dengan
lebih cepat. Parut akan hilang
lama-kelamaan dan akan digantikan dengan tisu yang baru.
Testimoni
Testimoni Vitamin E |